(BM) 20 Produk STEM Pelajar Sekolah Menengah Negeri Kedah Yang Menyelesaikan Masalah Harian Pengguna

(BM) 20 Produk STEM Pelajar Sekolah Menengah Negeri Kedah Yang Menyelesaikan Masalah Harian Pengguna

1) EVODIS

SMK CHANGLUN

EVODIS
Logo perniagaan Evodis

Evòdis deodorant merupakan ciptaan inovasi untuk menyelesaikan masalah bau badan yang dihadapi oleh kebanyakan para pelajar sekolah menengah disebabkan kebanyakan deodorant komersial menggunakan bahan kimia kompleks yang akan memberi kesan kepada kulit.

Produk mereka kini sudah berada di tahap persediaan untuk memasuki pasaran dimana bakal pengguna boleh mendapatkan produk pada harga RM 14.90 secara terus dari mereka.

Hubungi 0192227206 ( Pn.Virda ) Guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka

2) BIO F

SMK CHANGLUN

BIO F merupakan ciptaan inovasi untuk menyelesaikan masalah petani dan pekebun di negeri Kedah yang menghadapi masalah sayur yang kurang berkualiti disebabkan tahap asid tanah yang tinggi dengan penggunaan baja komersial.

Produk ini memberi tawaran nilai penggunaan bahan semulajadi seperti bahan buangan organik dan tinja kambing. Hasilnya, sayur akan menjadi lebih sihat disebabkan kandungan asid dalam tanah yang neutral

Video Pembentangan Produk

Produk mereka kini sudah tersedia, namun masih memerlukan bantuan industri dan agensi dari segi pembungkusan dan uji kaji makmal .

Video Iklan Produk

Hubungi 017-509 7565 ( Pn.Noraini ) Guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka

3) DRAGON FRUIT SKIN SOAP

Sekolah Menengah Agama Daris

Dragon Fruit skin soap merupakan ciptaan inovasi untuk menyelesaikan masalah wanita yang menghadapi masalah kulit sensitif disebabkan penggunaan sabun komersial yang mempunyai pelbagai bahan kimia berbahaya.

Produk ini memberi tawaran nilai penggunaan bahan semulajadi seperti buah naga yang mengandungi betalain dengan fungsi antioksida yang akan memberi kesan baik terhadap kulit.

Video Pembentangan Produk

Produk mereka kini sudah tersedia, namun masih memerlukan bantuan industri dan agensi dari penambahbaikan kualiti produk dan kemasukan ke pasaran umum.

Video Iklan Produk

Hubungi 011-2957 9043 ( Pn.Yusra ) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

4) O'SPIN BUN NOODLES

Sekolah Menengah Agama Daris

Logo Produk

O'spin Bun Noodles merupakan ciptaan inovasi untuk menyelesaikan masalah diet sayuran yang tidak seimbang dalam kalangan kanak-kanak disebabkan kurang menggemari pengambilan sayuran secara tradisi.

Produk ini memberi tawaran nilai alternatif pengambilan sayuran dalam bentuk mee segera dimana bahan kandungan di dalam mee itu merupakan sayur bayam. Sayur bayam selain daripada mempunyai kandungan fiber yang tinggi, ianya turut membantu untuk menyembuhkan luka dalaman dengan lebih pantas.

Status produk usahawan

Produk mereka kini sudah tersedia untuk dijual, namun masih memerlukan bimbingan industri dari segi penambahbaikan kualiti produk dan pemasaran.

Hubungi 017 449 2171( Pn.Shahirah ) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

5) CUMINA

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU

Logo Produk Cumina

Sambal garing Cumina merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah pengguna yang sering terlepas waktu makan disebabkan proses penyediaan makanan yang lama.

Produk ini memberikan tawaran nilai sambal garing yang diperbuat daripada jantung pisang dimana para pengguna kini boleh menikmati makanan yang berkhasiat dan seimbang dimana jua mereka berada.

Video pembentangan produk

Produk mereka kini sudah tersedia dan boleh didapatkan dengan harga serendah RM4 sebotol tetapi masih memerlukan bantuan industri dan komuniti untuk memperluaskan lagi pasaran produk

Video iklan Cumina

Hubungi 01127783104( Pn.Aimi ) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

6) BLUE_T

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU

Blue-T merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah pengguna yang berisiko untuk menghadapi diabetes disebabkan pengambilan minuman bergula tinggi dalam diet harian.

Produk ini menawarkan solusi dalam bentuk teh yang diperbuat daripada bunga telang, lemon dan strawberi yang membantu para pengguna untuk mengurangkan kebergantungan terhadap minuman bergula tinggi.

Video Iklan Blue-T

Produk mereka kini sudah tersedia dan boleh didapatkan dengan harga serendah RM7 ( 10 sachet ) tetapi masih memerlukan bantuan industri dalam bahagian pembungkusan dan komuniti untuk memperluaskan lagi pasaran produk.

Hubungi 0199332197( Pn.Suhaiza ) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

7) BLUEVERA

SMK SULTANAH ASMA

Bluevera merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah remaja yang sering mengalami masalah kulit disebabkan tiada alternatif semulajadi topeng penjagaan muka yang semulajadi.

Produk ini memberikan penyelesaian dengan menawarkan kandungan bahan semulajadi di dalam setiap helaian topeng penjagaan muka dengan menggunakan bunga kacang dan aloe vera yang akan memberikan hidrasi optimum untuk kulit muka remaja.

Video pembentangan produk

0Produk ini masih dalam proses prototaip dimana mereka memerlukan bantuan dari segi kajian klinikal dan peningkatan kualiti produk daripada kolaborasi industri

Video Iklan Produk

Hubungi 0104041789 ( Pn.Yusrina) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

8) RUTH & PEARL

SMK SULTANAH ASMA

Logo Produk

Ruth&Pearl merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah remaja yang mengalami masalah bau badan selepas beraktiviti disebabkan ketidaksesuaian kandungan kimia yang berada dalam sesebuah minyak wangi.

Produk ini memberikan tawaran nilai dengan menggunakan bahan semulajadi seperti bunga kerak nasi yang bertindak sebagai agen pembasmi bau apabila pengguna berpeluh.

Produk mereka kini masih berada dalam fasa pembinaan prototaip dan sangat memerlukan bantuan daripada industri dari segi ujian klinikal produk dan penjagaan kualiti produk

Hubungi 0123177523 ( En. Shahrul ) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

9) RECHARGE BITES

MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL MUTTAQIN (MASDAR)

Logo Produk

Recharge Bites merupakan sebuah produk makanan inovasi yang menyelesaikan masalah pengguna yang mengalami penurunan tenaga secara drastik kerana ketiadaan makanan tenaga yang sihat.

Produk ini menawarkan solusi makanan tenaga super dimana pengguna kini boleh mendpatkan lonjakan tenaga dengan setiap hidangan Recharge Bites disebabkan kandungan fruktosa dan magnesium yang optimum di dalamnya.

Video Pembentangan Produk

Produk ini masih berada dalam fasa penambahbaikan produk dimana kualiti makanan dan pempastrian merupakan fokus utama kerjasama kolaborasi industri pada masa terdekat

Video Iklan Produk

Hubungi 0175653427 ( Pn. Ros) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

10) CURALIUM

MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL MUTTAQIN (MASDAR)

Logo produk

8 daripada 10 golongan belia bersetuju mereka tidak dapat menghilangkan kesan kunyit dan bau bawang selepas memasak disebabkan tiada produk yang efektif bagi menghilangkan kesan dan bau tersebut.

Produk ini menawarkan solusi sabun dengan formula yang sesuai yang boleh menghilangkan kesan kunyit dan bau bawang.

Video Pembentangan

Produk mereka kini sudah tersedia dengan harga jualan RM4.99 (20 ml) dan RM6.99 (50ml) . Buat masa ini mereka memerlukan bantuan pakar sabun untuk meningkatkan kualiti produk dan membuat ujian PH ke atas sabun.

Video iklan produk

Hubungi 0174435761 (Pn.Najihan) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

11) DYNAMIX

Maktab Mahmud Pokok Sena

Logo Produk

Dynamix Insectino Soap merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah pengguna yang sering digigit nyamuk disebabkan ketiadaan krim atau spray pencegah nyamuk yang efektif.

Produk ini menawarkan penggunaan serai sebagai bahan utama yang terbukti dapat mencegah pengguna daripada serangan atau gigitan nyamuk.

Video Pembentangan

Produk mereka kini masih berada dalam tahap pembinaan prototaip dan masih memerlukan bantuan industri untuk pembungkusan dan kualiti produk.

Video Iklan

Hubungi 0107996711 (Pn.Hasriah) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

12) DAISY DREAM

Maktab Mahmud Pokok Sena

Daisy Dream merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah pengguna yang mengalami masalah kulit disebabkan ketiadaan sabun atau skrub yang menggunakan bahan semulajadi.

Produk ini menawarkan solusi dengan penggunaan serbuk kopi sebagai bahan asas sabun dan skrub yang terbukti dapat menyelesaikan masalah kulit kering dan memberi kesegaran kepada kulit.

Produk ini masih dalam fasa pembinaan prototaip dan mereka memerlukan bantuan industri untuk penciptaan produk dan pembungkusan.

Hubungi 013491 2271 (Pn.Haliza) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

13) JUS PEGAGA STRAWBERI

MAAHAD TAHFIZ PROFESSIONAL

Logo Produk

Jus Pegaga Strawberi merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah tekanan darah tinggi di kalangan pengguna disebabkan jadual pemakanan tidak teratur dan jadual kerja yang padat.

Produk ini menawarkan solusi dengan menghasilkan minuman segera dalam botol yang mengandungi ekstrak pegaga dan strawberi yang terbukti mampu untuk mengawal tekanan darah pengguna ke tahap optimum.

Analisa Pesaing

Produk mereka kini masih berada dalam tahap idea dan memerlukan bimbingan industri bagi menjaga kualiti produk dan ujian keberkesanan produk.

Hubungi 01140018551 (Pn.Natasha) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

14) GLYME

MAAHAD TAHFIZ PROFESSIONAL

Logo Produk

Glyme merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah pengguna yang mengalami keradangan pada tangan selepas menggunakan pencuci tingkap komersial disebabkan kandungan kimia yang tinggi.

Produk ini memberi tawaran nilai pencuci tingkap yang dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi seperti kulit limau, cuka, gula dan sayur yang tidak akan memberi kesan keradangan kepada kulit selepas menggunakannya.

Produk mereka masih berada di tahap idea dan memerlukan bantuan industri untuk menstabilkan kandungan PH dalam pencuci dan ujian makmal.

Hubungi 0135034417 (Pn.Najihah) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

15) 3 IN 1 PALLET BOX

SMK BALING

Logo Produk

3 in 1 Pallet Box merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah mobiliti para pelajar seni atau arkitek disebabkan papan palet yang berat dan tidak mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi.

Produk ini memberikan tawaran nilai sebuah kotak palet yang mobil dan mempunyai pelbagai ruang penyimpanan bagi kemudahan dan penggunaan pelajar seni dan arkitek.

0:00
/0:27

Produk mereka kini sudah berada dalam tahap prototaip dan memerlukan bimbingan industri dari segi kekemasan produk dan bantuan untuk memasuki pasaran.

Hubungi 0197802572 (Pn.Noraini) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

16) NO SMELL

SMK BALING

No Smell merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah pencemaran bau yang datang daripada tong sampah komersial disebabkan pengumpulan bahan sisa kering dan basah.

Produk ini memberikan solusi dengan penciptaan tong sampah yang mempunyai dua lapisan bagi memastikan bau busuk daripada sampah tidak akan terkeluar daripada tong sampah.

Produk mereka kini masih dalam proses pembinaan prototaip dan memerlukan bantuan industri untuk penciptaan produk dan kemaskini struktur produk.

Hubungi 0175079820 (Pn.Azielah) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

17) SEEK PAD

SMK BATU LAPAN

Logo Produk

Seek Pad merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah wanita yang terlupa untuk membawa pad dan memerlukan ketika waktu kecemasan.

Produk ini menawarkan solusi pad yang dimampatkan dalam bentuk key chain dan dipakai sebagai aksesori dimana ia bertindak sebagai penyelamat ketika waktu-waktu wanita memerlukan pad.

Produk mereka kini dalam proses paten dan masih belum tersedia untuk dijual. Mereka memerlukan bimbingan industri dari segi pembungkusan dan kemasukan ke pasaran.

Hubungi 0195656997 (Pn.Zurita) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

18) EIGHT NACK

SMK BATU LAPAN

Logo Produk

Eightnack merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah pengusaha ternakan arnab secara komersial atau persendirian yang menghadapi kesukaran untuk mencari makanan palet arnab yang berkualiti.

Produk ini menawarkan solusi dengan penghasilan makanan palet arnab yang mengandungi bahan-bahan organik dan khasiat yang tinggi untuk arnab.

Produk ini sudah tersedia dan memerlukan bimbingan industri dari segi kajian makmal dan pembungkusan.

0:00
/0:16

Hubungi 0134422160 (Pn.hasana) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

19) STARFRUIT POWDER

SEKOLAH MENENGAH SAINS TAHFIZ ALOR SETAR

Logo Produk

Starfruit Powder merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah pengguna yang sukar untuk mengawal kadar gula dalam diet harian mereka dimana ia menyumbang kepada pelbagai penyakit berisiko.

Produk ini memberikan tawaran nilai serbuk minuman yang diperbuat daripada belimbing di mana terbukti boleh membantu untuk mengawal pengambilan gula dalam diet seharian.

Produk mereka kini masih berada dalam tahap idea dan memerlukan bantuan kajian makmal dan penghasilan serbuk daripada industri terdekat

Video Pembentangan Produk

Hubungi 0143458572 (Pn.Azreen) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.

20) DUPEE COAL

SEKOLAH MENENGAH SAINS TAHFIZ ALOR SETAR

Logo Produk

Dupee Coal merupakan produk inovasi yang menyelesaikan masalah sisa kulit durian yang terbuang dan tidak diguna pakai sebagai produk kedua.

Produk ini mencipta solusi arang yang diperbuat daripada kulit durian dimana kualiti dan aroma yang terhasil daripada arang durian ini lebih baik daripada arang yang ada di pasaran.

Produk mereka kini masih berada di tahap idea dan memerlukan bimbingan industri dari segi penghasilan arang dan pembungkusan.

Hubungi 0143458572 (Pn.Azreen) guru pembimbing bagi kumpulan ini jika anda berminat untuk membangunkan produk ini bersama mereka.


Semua pelajar ini merupakan peserta bagi program Business Pitching Coaching, sebuah program National Stem Association dan UMStem dikuasakan oleh Youth Ventures Asia.